Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, pekerja tersebut digantung kerja serta merta sementara siasatan sedang dijalankan.

“Untuk makluman, pekerja yang telah membuat kenyataan disifatkan sensitif di akaun media sosialnya telah digantung kerja serta merta sementara siasatan dijalankan.

“Kenyataan tersebut adalah pendapat individu itu sendiri dan tiada kaitan serta bercanggah dengan prinsip-prinsip TNB. Kami memohon maaf atas perkara yang telah berlaku,” kata syarikat itu. - UTUSAN ONLINE