tnb
 

Mengangkat tema ‘Membayangkan Semula Kemudahan Masa Hadapan’, persidangan akan berfokus kepada isu-isu seperti perubahan trend global, kemudahan masa hadapan, kemapanan, inovasi, pendigitalan, trend mega dan masa hadapan industri yang lebih bijak.

“Lebih 1,500 wakil, pemimpin industri, eksekutif, pegawai kerajaan dan profesional dari seluruh dunia dijangka hadir dalam edisi ke-22 CEPSI ini,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kali terakhir TNB menjadi penganjur bagi persidangan dwitahunan ini adalah pada tahun 1996. - UTUSAN ONLINE