Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menggulung perbahasan serta tindakannya bersalaman dengan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan langkah awal dan terbaik untuk mengembalikan kegemilangan parti dalam pelbagai aspek termasuk perpaduan.

"Kita tidak boleh paksa untuk mereka bersatu dan mereka perlu ikhlas ke arah itu. Apa yang kita harapkan, itu dapat mencetuskan semangat kekitaan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE