Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya sudah menyiasat mengenai perkara tersebut dan mengambil keterangan mangsa.

“Kita sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan mengenai seorang usahawan yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan terbesar di negara ini dan Asia Tenggara membuat laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar Datuk yang didakwa menipu wangnya.

Mangsa yang juga seorang peguam berusia 42 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada 28 April tahun lau berhubung perkara terbabit.

Sementara itu, Amar pula enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes terbabit kerana ia sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.