Dengan latar selama 23 tahun dalam pengurusan pembangunan keusahawanan dan perundingan bisnes, beliau kali ini mengetengahkan buku Memahami Bisnes yang juga sebahagian daripada paparan pengalaman dan pengamatannya.

Beliau tentunya turut menjadi saksi jatuh bangun sesuatu perniagaan, jaya dan gagal seseorang usahawan yang telah dibantu atau kalangan yang mampu menongkah arus tanpa mengisi borang mendapatkan geran.

Buku Memahami Bisnes merupakan koleksi  himpunan catatan dalam laman facebooknya dengan mengetengah sejumlah 26 tips @ panduan kupas bagi memudahkan pembaca memahami realiti bisnes dan berbisnes.

  Kupasan dibuat secara ringkas dan mudah namun menarik untuk dihadam yang dapat memberi pengertian asas mengenai teras berbisnes dan keperluan dasar bagi mendayasaingkan bisnes.

 “Menyedari pentingnya ilmu sebelum seseorang berbisnes, maka buku ringkas ini diharap dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memulakan bisnes.

“ Buku setebal 84 helai merangkumi aspek pentadbiran bisnes, pengurusan bisnes, aspek pemasaran dan budaya keusahawanan,”ujarnya kepada Utusan Online baru-baru ini.

Dijual pada harga RM15, pembaca juga  boleh juga diperolehi buku dalam format  ebook secara percuma jika membeli buku tersebut. 

 Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku terbitan Markplus Business Advisors ini boleh hubungi [email protected] atau di talian 0139273612. - UTUSAN ONLINE