Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada ketika ini, persatuan tersebut memperoleh pendapatan hanya sebanyak RM2 bilion setahun berbanding keseluruhan urus niaga negara, RM13 bilion setahun.

Kata beliau, jumlah tersebut amat rendah berbanding bilangan ahli Nekmat di seluruh negara iaitu 98,000 orang atau 70 peratus daripada keseluruhan nelayan, 150,000 orang.

“Daripada RM2 bilion itu (pendapatan), Nekmat hanya untung sebanyak RM23 juta setahun. Untung satu peratus inilah yang nak bagi dividen kepada nelayan-nelayan.

“Apabila saya semak, sebahagian besar perniagaan Nekmat (sebelum ini) adalah kerana menjual minyak dan bukan ikan. Waktu hanya minyak dunia naik, untung lebih tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang air batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ahmad Bakri Ali. - UTUSAN ONLINE