MASZLEE MALIK
MASZLEE MALIK

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, bantuan tersebut secara tidak langsung dapat membantu golongan berkenaan keluar daripada kepompong kemiskinan dan menaikkan taraf hidup.

Selain itu katanya, pihak terbabit perlu menyediakan bantuan biasiswa pendidikan lebih banyak pada masa akan datang sebagai salah satu langkah mengurangkan kemiskinan.

“Apabila saya berkunjung melawat kawasan di Simpang Renggam, Johor, saya dapati tiada buku berkaitan sains, teknologi atau bidang lain. Jika ada pun hanyalah buku komik atau buku teks bantuan kerajaan.

“Oleh itu, cara ini mungkin satu lagi cara terbaik bantu mereka selain daripada kelaziman yang dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE