Bertepatan dengan temanya­ ia­itu Usahawan Desa Produk Glo­bal, KUD 2017 menjadi medium memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk serta per­khidmatan usahawan-usahawan desa yang sebelum ini sering me­nerima persepsi negatif sesetengah masyarakat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penga­n­juran KUD 2017 dapat memadam dan mengubah persepsi sesete­ngah masyarakat bahawa produk desa adalah tidak berkua­liti serta tidak setanding seperti mana pro­duk import.

“Sepanjang empat hari pe­nganjuran KUD 2017, pengguna boleh menilai sendiri setiap produk usahawan desa yang dipamerkan. Kami sendiri membuat sari­ngan terhadap produk ini sebelum mereka menyertai karnival kali ini bagi memastikannya setan­ding dengan produk antarabangsa,” katanya.

Dianjurkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, KUD 2017 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUD 2017 yang menyediakan peluang dan ruang pasaran secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna disertai kira-kira 700 usahawan luar bandar selain agensi-agensi kerajaan serta sya­rikat swasta.

Melihat kepada sambutan luar biasa kepada penganjuran KUD 2017, Ismail Sabri memberitahu, pihaknya akan terus mengadakan program-program pemasaran bagi membantu usahawan-usahawan tempatan.

“Diharapkan supaya lebih ba­nyak pemain industri tempatan dan antarabangsa akan menyertai KUD pada masa akan datang, sekali gus menyemarakkan lagi bidang keusahawanan desa,” katanya.

Terdahulu, antara aktiviti utama sepanjang penganjuran KUD 2017 adalah pelancaran platform jualan dalam talian iaitu [email protected]

Menerusi program tersebut, sebanyak lima kluster produk usahawan diniagakan secara online iaitu makanan dan minuman, produk kesihatan dan kecantikan, pakaian, perhiasan dan aksesori serta kraf tangan.

Menurut Ismail Sabri, bagi memastikan kejayaan [email protected], Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Celcom Axiata Berhad, 11street dan Pos Malaysia.

“Sejumlah 1,000 usahawan desa dan luar bandar disasar untuk mendaftar serta menggunakan platform [email protected] sehingga hujung tahun depan.

“Kami percaya ini merupakan perniagaan masa hadapan selain mampu membantu para usahawan desa ini untuk menjana keuntungan 30 peratus lebih tinggi,” katanya.

Selain jualan produk-produk usahawan desa, aktiviti-aktiviti lain sepanjang berlangsungnya KUD 2017 termasuklah demonstrasi masakan, produk dan juga kraftangan. Turut diadakan, Trade Day & Bussiness Matching yang melibatkan 47 usahawan syarikat pemasar berpotensi serta seminar keusahawanan.

KUD 2017 juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuklah pertandingan solekan, treasure hunt, karakter animasi, pertunjukan fesyen muslimah dan juga cabutan bertuah.

Penganjuran KUD 2017 turut diserikan dengan Konsert Simfoni Desa Tercinta yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC de­ngan menampilkan Orkestra Tradi­sional Malaysia serta penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Turut diadakan Konsert Ke­mun­cak KUD 2017, yang me­nyaksikan kira-kira 3,000 pe­ngunjung di Dewan Merdeka, PWTC dihiburkan oleh barisan artis seperti Ella, Amy Search, Ayda Jebat, Elly Mazlein serta Haqiem Rusli.