Beliau juga mahu setiap mereka menunaikan akuan sumpah janji yang telah diikrarkan untuk mempertahankan maruah serta kedaulatan negara.

Menurutnya, pengorbanan yang dilakukan setiap warga ATM dan juga ve­teran tentera sejak dari dulu hinggalah sekarang adalah sesuatu yang amat besar dan bernilai hingga Malaysia dapat menikamati keamanan.

“Terima kasih kepada semua warga dan vete­ran ATM kerana telah memberikan roh 60 tahun kemerdekaan negara.

“Denyutan nadi setiap saat kemerdekaan yang dinikmati selama ini adalah atas perjuangan, pengorbanan dan pengabdian setiap insan ini (warga ATM dan veteran tentera).

“Demi negara dan warisan, kita tunaikan akuan sum­pah janji dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan pertiwi. Sa­ma-samalah ki­ta bina negara ini demi masa de­pan yang lebih cerah,” katanya.

Beliau yang sedang mengerjakan haji di Tanah Suci berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang diraikan seluruh negara semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan setiap warga ATM dan veteran tentera jangan sekali-kali leka dengan kemerdekaan yang dinikmati selama ini kerana cabaran tanpa diduga tetap ada walaupun ketika negara aman.

Jelasnya, keamanan yang di­nik­mati haruslah digunakan sebaik-baik­nya untuk memantapkan lagi ke­selamatan negara.

“Jangan leka. Kita sebagai warga tentera harus sentiasa berwas­pada. Kemerdekaan dan ke­ama­nan yang dinikmati haruslah kita gunakan untuk memantapkan lagi ke­selamatan sedia ada,” katanya.