Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tingkat pendapatan nelayan menjelang 2020

AHMAD SHABERY CHEEK dan Nur Jazlan Mohamed (tiga dari kiri) melihat
AHMAD SHABERY CHEEK dan Nur Jazlan Mohamed (tiga dari kiri) melihat hasil tani yang dijual sempena program Jelajah Tani Negaraku TN50 Palimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Kampung Pasir,Johor Bahru semalam. MINGGUan/ISHAK RAHMAD

GELANG PATAH 22 April – Kerajaan menyasarkan meningkatkan purata pendapatan nelayan antara RM2,500 dan RM5,000 men­je­lang 2020 melalui aktiviti aku­a­kultur dengan melakukan ternakan ikan dalam sangkar dan kolam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha tersebut dilihat dapat membantu nelayan menangani ketidakstabilan punca pendapatan terutama pada musim tengkujuh serta ke­san aktiviti-aktiviti pembangunan.

Katanya, industri akuakultur merupakan satu usaha untuk me­ningkatkan pengeluaran ikan pa­da masa hadapan memandangkan hasil tangkapan umumnya telah diteroka ke tahap maksimum.

“Menurut kajian dibuat oleh Jabatan Perikanan, sehingga kini daripada lebih 100,000 nelayan yang berdaftar, kira-kira 70 peratus daripadanya mempunyai purata pendapatan RM1,500 ke atas.

“Bagi saya, ini masih tidak memuaskan hati kerana ramai di bawah jumlah pendapatan itu. Sebab itu, kita mesti mencari jalan lain dan nelayan tidak hanya boleh bergantung kepada tangkapan semata-mata, sebaliknya meneroka pilihan lain termasuk usa­ha akuakultur melalui ternakan ikan sangkar dan kolam,” katanya.selepas meninjau Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, selatan Johor mempunyai potensi besar untuk memperluaskan aktiviti akuakultur berbanding­ tempat lain kerana berada di tengah-tengah kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan mampu meraih margin keuntungan tinggi.

Fokus kementerian pada masa ini katanya, adalah mendidik setiap nelayan atau penternak ikan sangkar menjadi usahawan berjaya yang mampu menjadi pengeluar dengan harga kompetitif serta bijak mencari pasaran dan pelanggan.

“Kita tengok banyak juga yang dibantu kerajaan membabitkan nilai jutaan ringgit, namun menemui kegagalan. Jadi dalam hal ini bukan berapa banyak bantuan yang perlu diambil kira tetapi hendak mendidik mereka menjadi usahawan yang berjaya.

“Sebab itu, kita akan memberi fokus bukan sahaja di kawasan ini dengan menyediakan bantuan yang sewajarnya seperti keperluan sangkar, benih ikan, makanan serta turut menguruskan ternakan ikan sangkar,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain