Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, perkara ini akan diteliti termasuk motif, niat dan bentuk kebocoran tersebut.

Katanya, pihaknya memandang serius sekiranya kebocoran dokumen itu dilakukan oleh penjawat awam sendiri manakala jika di pihak luar, ia berada di luar kawalan kementeriannya.

“Saya percaya, benda baharu akan diteliti. Saya percaya pihak-pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan bersesuaian bergantung kepada bentuk kebocoran itu berlaku, perbuatan atas niat apa dan kenapa perbuatan itu dilakukan,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanyakan mengenai tindakan kerajaan terhadap pihak yang melakukan kebocoran dokumen rasmi kerajaan iaitu Kertas Putih Felda, sehari sebelum pembentangannya. - UTUSAN ONLINE