SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sekiranya diteruskan, sistem tersebut dilihat hanya membebankan rakyat. 


“Pelaksanaannya dilihat terlalu terburu-buru dan tidak rasional. Apabila Perdana Menteri bersetuju dengan pembatalan tersebut, ini membuktikan yang beliau sentiasa peka serta menitikberatkan keadaan semasa dihadapi rakyat. 


“Dalam keadaan rakyat dibebani oleh kenaikan kos sara hidup dan faktor luar jangka yang lain, kami amat berharap supaya pelaksanaan sebarang sistem atau dasar akan mengambil kira kepentingan serta sensitiviti rakyat terlebih dulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Tambahnya, sekarang bukanlah masanya untuk mana-mana pihak menambah beban rakyat dengan setiap insiatif yang mahu diambil perlu dinilai baik buruknya secara teliti. 


“Alasan kononnya inisiatif ini dapat menambah perbendaharaan kerajaan adalah sesuatu yang tidak setimpal dengan beban tambahan kepada jemaah umrah. Reaksi rakyat sudah boleh menjadi kayu ukur kepada usaha yang semberono dan membuta tuli seperti ini. 


“Kami percaya bahawa inisiatif ini menampakkan kelemahan sistem nilaan perolehan kementerian berkaitan. Sepatutnya pihak kementerian mengambil kira impak politik dan dalam masa sama mengkaji beban kewangan dihadapi rakyat secara keseluruhan,” katanya. 


Beliau menegaskan, pihaknya konsisten dalam menolak sebarang usaha menambah beban rakyat melalui khidmat yang belum jelas atau bersifat ‘atas angin’. 


“Jika pemantauan menjadi isu, langkah memperkenalkan lesen khas kepada syarikat pengendali pakej umrah sudah memadai dengan sebarang penambah baikan sistem secara belakang tabir (back end system) wajar dilihat semula supaya tidak membebankan jemaah,” katanya.-UTUSAN ONLINE