Kementerian itu dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan boleh diambil melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Jelasnya, terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal.

Lima jenis topeng itu ialah:

1. Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga). - Harga borong RM5 sekotak, runcit RM7 sekotak.

2. Topeng muka (pembedahan/prubatan) dua lapisan (gelung telinga). - Harga borong RM8 sekotak, runcit RM10 atau 20 sen seunit.

3. Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala). - Harga borong RM25 sekotak, runcit 80 sen seunit.

4. Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala). Harga borong RM30 sekotak, runcit 80 sen seunit.

5. Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95. Harga borong RM100, runcit RM6 seunit.

“Kelima-lima jenis topeng muka yang dikawal harganya secara perundangan ini adalah di bawah peruntukan Akta yang sama.

“Sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta berkenaan bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang- undang,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Pihak kementerian sehubungan itu memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan serta penjualan topeng muka terbabit agar mematuhi peruntukan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Adalah diingatkan juga, bagi jenis topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimumnya, kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah akta sama,” jelasnya.

Jelasnya lagi, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan kenaikan harga barangan itu khususnya di Johor, namun pemantauan akan terus dijalankan. - UTUSAN ONLINE