Kumpulan tersebut mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang melepaskan tembakan rambang ke atas jemaah di Christchurch.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam tidak berperikemanusiaan.

“Tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

“Apa yang dilakukannya tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah itu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan,” katanya seperti dilaporkan portal Dailystar.

Tambahnya, rakan mereka yang masih di dalam penjara sedang menunggu kedatangan Tarrant namun tidak dinyatakan secara lanjut apa yang akan dilakukan mereka ke atas pengganas tersebut.

“Rakan kami sudah menunggunya di penjara, sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara.

“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.

“Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya,” katanya. - UTUSAN ONLINE