Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Isa Abd. Majid berkata, krisis pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang berlaku kini sama seperti kes pembuangan 2,050 kilogram potasium cyanide di Pulau Pangkor pada Mac 1995.

“Langkah yang dibuat oleh kerajaan di Sungai Kim Kim seragam dengan prosedur operasi tetap yang dibangunkan dari kes di Pulau Pangkor. 

“Untuk penduduk, Pusat Racun Negara nasihatkan untuk tidak berada di luar rumah dan memakai topeng khas sekiranya ingin keluar rumah. Sekiranya mempunyai simptom seperti mual, pening kepala, cirit-birit dan mata berair, segera berjumpa doktor. 

“Kita jangkakan selepas kontraktor yang telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan itu selesai membuat tugas mereka dalam masa tujuh hari, keadaan akan beransur pulih,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE