Tegas beliau, kelompok tersebut menyebarkan perkara tidak benar mengenai program ber­kenaan sehingga boleh mencetuskan kekeliruan dalam umat Islam.

“Penganjuran ini tiada kaitan dengan tragedi tersebut dan mereka yang berbuat demikian sengaja mahu memburuk-burukkan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum me­lancarkan program World Quran Hour di surau khemah petugas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)

Turut hadir Duta Besar, Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zai­nol Rahim Zainuddin, Pengerusi Tabung Haji Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Jamil Khir berkata, penganjur tidak mempunyai apa-apa motif memilih tarikh 11 September yang kebetulan jatuh 9 Zulhijjah hari wukuf, sebaliknya sekadar satu program menggalakkan umat Islam membaca al-Quran.

“Tetapi malangnya ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengaitkannya dengan peristiwa 11 September,” katanya. – UTUSAN