Beliau menegaskan, Kedutaan AS boleh memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Menurutnya, kes seumpama itu diakui memang berlaku di banyak tempat, namun mangsa tidak membuat laporan polis, sebaliknya menyatakan perkara berkenaan  dalam media sosial.

"Ini mungkin juga merupakan sebab kenapa Kedutaan AS mengambil berat mengenai kes ini.

 "Tapi tak perlulah dikeluarkan nasihat perjalanan. Maklum sahaja kepada pihak polis kita, pihak polis boleh mengambil tindakan sekiranya ada aduan yang berpatutan," katanya selepas menyempurnakan perasmian ulang tahun pertama Everyday Sports Sdn. Bhd. di Taman Anggerik di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengenai amaran Kedutaan AS di Kuala Lumpur kepada rakyatnya untuk mengelak pergi ke sebuah kelab di ibu negara kerana mendakwa ada kes meletakkan dadah atau alkohol dalam minuman secara terancang yang menyasarkan warga asing.

Sehubungan itu, Nur Jazlan akan meminta polis meneliti dan memulakan siasatan berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE