Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, perbincangan lebih lanjut perlu dilakukan di antara pihak GPPBSM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum cadangan itu dilaksanakan.

“Perbincangan lebih mendalam perlu dilakukan sebelum mengenakan atau menaikkan kadar ini kerana kita tidak mahu ibu bapa terbeban terutama yang ada empat atau lima orang anak bersekolah.

“Peningkatannya bukan RM10 tetapi antara RM50 hingga RM100. Biarlah ada situasi menang-menang antara kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meletakkan batu asas Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Katoyang dekat sini hari ini.

GPPBSM baru-baru ini memaklumkan kadar tambang bas sekolah sesi persekolahan tahun depan dijangka naik antara RM10 hingga RM20. - UTUSAN ONLINE