Ini ekoran tindakan Mohd. Rashid mengarahkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin keluar dewan selepas berlaku kekecohan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua Ahli Parlimen BN berkenaan bangun memohon Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memohon maaf dan menarik semula kenyataan sangkaan jahat beliau tempoh hari.

“Keputusan agak berat sebelah, Kinabatangan telah membangkitkan perkara 36 (6) iaitu membuat sangkaan jahat sesama ahli dewan. Jelutong membawa isu Cameroon Highlands ini sehingga Speaker keluarkan beliau.

“Kita cuma memohon Jelutong untuk tarik balik sangkaan jahat tersebut dan memohon maaf kepada Cameroon Highlands, itu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof hari ini berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengisytiharkan sesuatu kerusi sebagai kosong selepas menerima perakuan daripada mahkamah.

Justeru, katanya sehingga proses rayuan selesai, Sivarraajh masih dianggap sebagai seorang ahli Parlimen.

Ismail Sabri menambah, malangnya permohonan tersebut ditolak Mohd. Rashid dan perkara itu memaksa Ahli Parlimen BN keluar dewan. - UTUSAN ONLINE