Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dengan menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi dan berkonvoi bersama kira-kira 600 buah motosikal dari Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) sejauh 20 kilometer bermula dari Kem Rejimen Sempadan Batu 11, Tanah Merah.

Yang turut mengiringi beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden SAM, Datuk Halim Sulaiman.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat melawat dua buah rumah pesakit kronik iaitu Muhammad Hassan, 61, serta Nik Esah Tuan Deraman, 64, dan menyampaikan sumbangan wang tunai.

Selepas menyampaikan sumbangan, Ahmad Zahid meneruskan konvoi ke Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini bagi menghadiri program Minggu Mesra Mahasiswa. - UTUSAN ONLINE