Menurutnya, perkara ini sudah termaktub dalam manifesto PH dan beliau kini juga lebih tenang selepas mengetahui tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut pengiktirafan UEC.

“Terima kasih kepada semua komrad yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk menghadiri sesi dialog bersama Dong Jiao Zong di Kementerian Pendidikan (semalam).

“Ramai yang bertanya adakah saya tertekan dengan isu berkaitan UEC baru-baru ini. Sebaliknya saya lebih tenang. Jadual padat, banyak kerja perlu diselesaikan, penat tetapi ya, saya agak tenang. Ini kerana saya tahu saya tidak keseorangan dalam perjalanan mengiktiraf UEC,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE