Beliau berkata, dana itu merupakan sumbangan daripada seorang anak jati Seremban yang ingin melihat pem-bangunan bidang pendidikan dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.

Beliau berkata, dewan tersebut yang dibina dengan kos RM5 juta akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan an-taranya perpustakaan dan dijangka siap dalam masa 18 bulan.

“Pada hari ini saya telah menunaikan janji untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada sekolah ini. Terima kasih juga kepada (Menteri Belia dan Sukan), Khairy Jamaludin Abu Bakar kerana membantu saya mendapatkan dana ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Serbaguna SMJK Chan Wa II, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Khairy telah menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada pengetua sekolah, Tai Choon Kong. - UTUSAN ONLINE