Mangsa merupakan penduduk di daerah Sumenep, Jawa Timur terkorban akibat ditimpa bangunan yang runtuh.

Gegaran itu turut mengakibatkan penduduk yang panik melarikan diri keluar daripada rumah mereka.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berpusat di Laut Bali kira-kira 40 kilometer dari penghujung pulau Jawa.

Ketua agensi geofizik Indonesia, Dwikorita Karnawati berkata, tiada laporan kerosakan atau kehilangan jiwa akibat gempa bumi itu. - AFP