Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keyakinan agensi penarafan antarabangsa, Moody’s Investor Service (Moody’s) terhadap potensi pertumbuhan Malaysia yang teguh, pasaran-pasaran modal domestik yang baik serta kerangka institusi yang kukuh termasuk keberkesanan polisi kewangan tinggi, memberi kesan kredit positif yang padu.

“Kementerian Kewangan me­ngalu-alukan pengekalan pengadaran oleh Moody’s semalam untuk hutang terbitan mata wang tempatan dan a­sing serta hutang tidak bercagar kanan Malaysia pada

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

tahap A3 dan jangkaan ke­kal stabil.

“Pengekalan penga­daran yang tidak be­rubah ini dicapai mes­kipun mereka telah me­ngambil kira kekuatan fiskal Malaysia te­lah menurun dengan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus kepada Ke­luaran Dalam Nega­ra Kasar (GDP) pada 2018, 3.4 peratus pada 2019, tiga peratus (2020) dan kurang dari 2.8 peratus (2021) akibat skandal-skandal korupsi berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malah jelas Guan Eng, menurut Moody’s, dalam jangka m­a­sa panjang, prospek ekonomi Malaysia dibantu oleh infra­struktur yang telah dibangunkan dengan baik, kekayaan sumber alam, dan sektor-sektor perkhidmatan dan pembuatan yang berdaya saing secara global.

Katanya, perkara ini dibuktikan dengan peningkatan mendadak dalam eksport bagi Oktober lalu kepada paras tertinggi RM96.4 bilion dan lebihan dengan sebanyak RM16.3 bilion.

Perkembangan positif ini berlaku se­lepas pengumuman Lembaga Pemba­ngu­nan Pelaburan Ma­lay­sia (MIDA) yang menyatakan bahawa Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor pembuatan telah meningkat seba­nyak RM35 bi­lion atau 250 peratus kepada RM49 bilion dalam sembilan bulan pertama 2018, da­ri RM14.0 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Apa yang lebih mengagumkan adalah bahawa bagi bulan Mei hingga September lalu, jumlah FDI keseluruhan yang diluluskan dalam sektor pembuatan ialah RM35 bilion berbanding RM7.3 bilion pada Mei hingga September 2017.

“Peningkatan RM27.7 bilion atau 379 peratus seperti yang ditunjukkan membuktikan ba­ha­wa keyakinan pelabur asing telah melonjak,” katanya.