Mereka terdiri dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 38 tahun.

Dalam makluman terkini berhubung penahanan berkaitan keganasan di bawah ISA, MHA berkata Abu Thalha Samad, 25, berbaiah pada 2014 dan menjadi anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Pada Ogos 2017, MHA berkata menerusi kerjasama dengan sebuah kerajaan di rantau ini, lelaki itu telah dihantar pulang ke Singapura dan ditahan di bawah ISA bagi pembabitan dalam organisasi keganasan.

Perintah Tahanan (OD) bagi tempoh dua tahun telah dikeluarkan terhadapnya pada September, katanya.

Seorang lagi ialah Adzrul Azizi Bajuri merupakan bekas tentera yang berkhidmat sebagai Penolong Logistik dalam Angkatan Tentera Singapura.

Adzrul, 19, telah diradikalisasi menerusi pendedahan terhadap bahan radikal kumpulan pro-Islamic State di Iraq danSyria (ISIS) secara dalam talian, kata MHA.

Dari Ogos 2017, kementerian berkata dia mula berasa sangsi dengan kesahihan ideologi ISIS dan taktik ganasnya.

RO telah dikeluarkan terhadap Adzrul pada September 2017 dan dia perlu menjalani kaunseling termasuk kaunseling agama, katanya.

Sementara itu, suri rumah Munavar Baig Amina Begam telah diradikalisasi oleh seorang warga asing menerusi dalam talian, yang berkongsi dengannya bahan pro-ISIS dan menyakinkannya bahawa ISIS berjuang untuk mempertahankan golongan Sunni di zon konflik, kata MHA.

;Untuk mempengaruhi orang lain supaya menyokong ISIS, MHA berkata Amina telah berkongsi bahan menggalakkan keganasan itu di media sosial dan turut menggalakkan orang lain berjuang dan mati syahid.

Katanya pada bulan ini, RO untuk tempoh dua tahun dikeluarkan terhadap Amina yang merupakan warganegara naturalisasi Singapura dan berasal dari India.



Sementara itu, MHA berkata RO yang dikeluarkan terhadap Mustafa Kamal Mohammad, 62, dibenarkan tamat pada September tahun ini.

RO terhadap anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) itu dikeluarkan pada September 2013, katanya



“Semasa dalam tahanan RO, dia telah memberi kerjasama dan responsif terhadap usaha pemulihan. Oleh itu dia tidak lagi perlu diawasi di bawah regim RO,” katanya. - BERNAMA