Pasangan kembar berkenaan Riqqah Syazwina M. Hanif dan Riqqah Syazwani M. Hanif; Nur Zahirah Shuhairi dan Nur Mazirah Shuhairi serta Abdul Rahman Bahari Mohd Yani Bahari dan Abdul Rahim Bahari Mohd Yani Bahari yang masing-masing berumur 11 tahun.

Menurut Riqqah Syazwina, dia dan adik kembarnya, sentiasa belajar bersama-sama dan memastikan agar kedua-dua mereka berjaya dalam setiap subjek yang dipelajari.

Katanya, mereka berdua sentiasa membantu antara satu sama lain terutama subjek yang lemah dan tidak pernah mengabaikan antara satu sama lain.

“Saya harap UPKK ini saya dapat lulus dengan cemerlang dan banggakan kedua ibu bapa kami,” ujar anak sulung daripada enam beradik ini kepada Utusan Online di sini hari ini.

Ketiga-tiga pasangan kembar hari ini antara

220,076 murid tahun lima di seluruh negara menduduki UPKK 2018 bermula hari ini yang dimulakan dengan subjek Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) sehingga 4 Oktober ini

Bagi pasangan kembar Nur Zahirah dan Nur Mazirah memberitahu ahli keluarga sentiasa memberi sokongan setiap kali ujian diadakan terutamanya abang dan kakaknya.

“Seluruh keluarga sentiasa memberikan sokongan kepada kami berdua dan apabila kami tidak mengetahui sesuatu perkara kakak dan abang akan mengajar kami,” ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang doktor pada masa hadapan.

Manakala, bagi pasangan kembar Abdul Rahman Bahari dan Abdul Rahim Bahari berharap mereka berdua akan lulus cemerlang dalam UPKK kali ini.

Guru besar sekolah itu, Khadijah Zainal [email protected] berkata, pihaknya telah melakukan ujian latih tubi untuk UPKK sejak bulan Februari lagi memastikan muridnya faham dan dapat menjawab peperiksaan itu dengan cemerlang

“Saya harap kami akan mengekalkan prestasi untuk mendapat keputusan keseluruhan 100 peratus lulus dan sekurang-kurangnya separuh daripadanya mendapat 8A,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE