Tiga mangsa maut itu terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki Loris Lorzen, 7, dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan tahun dikenali sebagai Lisrerealcka Hamadus dan Sizon Januin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.55 pagi sebelum pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu diketuai Kamaruddin Sabanah bergegas ke lokasi, kira-kira 50 kilometer, bersama sebuah jentera dan ambulans.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Pegawai perubatan di lokasi mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata JBPM Sabah dalam kenyataan di sini hari ini.

Empat mangsa mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

Operasi bomba tamat pada jam 12.20 tengah hari. - BERNAMA