Pegawai Kementerian Kecemasan, Igor Kutrovsky berkata, punca kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan itu dipercayai akibat letupan gas.

Menurut beliau, kesemua tempat kediaman terlibat musnah sama sekali namun beberapa penduduk lain berjaya diselamatkan.

Dianggarkan seramai 28 penduduk mendiami bangunan itu namun hanya kira-kira 15 orang sahaja yang berada dalam rumah masing-masing semasa kejadian berlaku. - AFP