Hal demikian kerana menurut Koordinator Sukarelawan Keilmuan Nasional, Muhammad Danial Alimin penyebaran agama lain kepada khalayak umum terutama kepada pelajar sekolah dikhuatiri boleh mempengaruhi minda untuk melakukan perkara di luar batas pemikiran memandangkan minda mereka masih belum matang.

Jelas Muhammad Danial, mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah sudah memadai untuk mengenali agama lain selain Islam.

“Kita semua sepatutnya kembali kepada landasan asal untuk mempertahankan agama dan bangsa. Mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah sudah memadai untuk menerangkan mengenai agama.

MUHAMMAD DANIAL ALIMIN
MUHAMMAD DANIAL ALIMIN 

“Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebar atau mengembangkan ajaran serta kepercayaan mereka kepada orang Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jufitri selepas menghadiri bengkel perbincangan meja bulat belia mengenai hal ehwal antara penganut agama dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Pengenalan subjek baharu itu adalah untuk meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama dalam negara. - UTUSAN ONLINE