AZIH MUDA

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, cadangan tersebut sebaliknya menimbulkan persoalan dan dilihat seolah-olah hilangnya kepercayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada penjawat awam.

Tegas beliau, kerajaan sebaliknya perlu memberi fokus kepada isu yang lebih penting seperti kebajikan dan kenaikan gaji tahunan sebagai tanda keprihatinan.

“Mengapa mereka mahu membuat pemutihan? Adakah mereka sudah hilang kepercayaan? Jangan ganggu penjawat awam dan kita semua sudah bekerja. Jika saya, adalah lebih baik tumpu kepada usaha meningkatkan kebajikan

“Sebagai penjawat awam kita menyokong dan setia kepada ‘government of the day’ (kerajaan hari ini), bukannya parti politik. Oleh itu, jangan ganggu penjawat awam,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Persidangan Meja Bulat Badan-Badan Berkanun CUEPACS di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berhubung langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam. - UTUSAN ONLINE