Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak timbul isu ambil alih jawatan lain - Zahid

Hishammuddin lawat Zahid
Ahmad Zahid (kiri) bersalaman dengan Hishammuddin yang juga Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan Hishammuddin di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

PUTRAJAYA 19 April - Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas bukan bertujuan mengambil alih tugas-tugas menteri lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut lebih kepada untuk memperkukuhkan institusi kepemimpinan dan membantu beliau serta Perdana Menteri dalam berdepan isu-isu domestik dan antarabangsa.

"Hari ini dalam pertemuan kami membincangkan beberapa tugasan, pertama adalah untuk kukuhkan institusi kepemimpinan dalam kerajaan dan parti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Hishammuddin selaku Menteri Tugas-Tugas Khas di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan akan membuktikan keputusan mewujudkan jawatan baharu yang disandangnya itu bukan retorik semata-mata.

Menurutnya, telah diterangkan sebelum ini portfolio baharu itu diwujudkan untuk membantu Perdana Menteri melihat kepada aspek keselamatan negara yang tertumpu kepada pemantauan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain