Ini kerana SOP sedia ada sudah me­madai dan jelas tidak mempunyai konflik kepentingan.

Beliau memberitahu, adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana agensi, badan atau individu yang akan ke luar negara mendapatkan kelulusan daripada kementerian sama ada daripada ketua setiausaha atau menteri.

“Dalam perkara ini, ia dirujuk kepada saya. Saya sendiri melihat surat itu dan pastikan baha­wa ia tidak mempunyai kon­flik ke­penti­ngan.

MUHYIDDIN YASSIN
MUHYIDDIN YASSIN 

“Surat itu di­se­rah­kan berdasarkan tajaan daripada Lembaga Totalisator Malaysia yang berada di bawah Ke­menterian Kewangan. Selepas saya buat itu (kelulusan), siapa di belakang, sumber, mana lembaga dapat sumber, itu saya tidak mahu tanya. Tetapi, fakta yang ada, lembaga ini bukan pertama buat begitu (menaja),” kata­nya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, di sini hari ini.

Beliau mengulas isu lawatan kerja pegawai-pegawai kanan polis yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki yang dikatakan ditaja syarikat loteri, Da Ma Cai.

Rabu lalu, Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng menjelaskan lawatan itu bukan dibiayai kerajaan sebaliknya syarikat perjudian Da Ma Cai.

Beliau berkata, walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator Malaysia iaitu sebuah syarikat bawah Kementerian Kewangan, per­belanjaannya bukan daripada kerajaan.

Semalam, Guan Eng turut mendedahkan Lembaga Pe­ngarah Lembaga Totalisator Malaysia sebelum ini pernah meluluskan dan menaja tiga lawatan kerja pegawai kanan PDRM ke luar negara.

Guang Eng berkata, lawatan itu membabitkan tajaan sebanyak RM69,763 bagi lawatan pada 12 hingga 17 Jun 2012, RM95,040 untuk lawatan pada 10 hingga 14 Jun 2013 dan RM128,400 bagi lawatan pada 1 hingga Mei 2014.