Tun Abdul Hamid Mohamad
Tun Abdul Hamid Mohamad

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, sebaliknya apa yang penting rakyat Malaysia harus menumpukan taat setia kepada negara dan menghormati peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan hak-hak yang dipersetujui serta termaktub di dalamnya.

“Biarlah Perlembagaan kekal sebagai Perlembagaan dan Rukun Negara kekal sebagai Rukun Negara.

“Saya tidak menentang jika semasa Suruhanjaya Reid menggubal Perlembagaan Persekutuan dahulu, apa yang saya tentang ialah cubaan mengambil Rukun Negara yang digubal untuk tujuan lain bagi dijadikan mukadimah,” katanya.

Perutusan beliau itu dibacakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pada sidang meja bulat Perkasa mengenai isu Rukun Negara dijadikan Mukadimah Perlembagaan Persekutuan di sini hari ini.

Baru-baru ini, sekumpulan individu membabitkan ahli akademik, peguam dan aktivis dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan (RMP) mengusulkan Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi masalah yang timbul kerana Rukun Negara dipinggirkan dan diketepikan.

Pengerusi RMP, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Rukun Negara perlu dikaitkan dengan Perlembagaan bagi membolehkan ia dirujuk secara tidak langsung sebagai garis panduan dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara.- UTUSAN ONLINE