M. Manogaran, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Tuntutan secara spontan oleh wanita warga emas yang sebagai Rahana Hassan, 76, itu adalah sebagai bukti PH dapat menunaikan janji yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Cameron Highlands sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut ketika ini.


“Harapan tak Harapan mak cik tak tahu, kalau buat surat ‘lawyer’ boleh, janji, kalau cakap mulut sahaja mak cik tak percaya,” katanya menerusi video berdurasi 20 saat yang difahamkan dirakam oleh juruvideo portal Malaysia Gazette.


Menurut portal tersebut, rakaman video itu adalah ketika Manogaran berkempen dan bertemu dengan penduduk di Kampung Sungai Koyan 1, semalam.


Manogaran sebelum itu berharap agar Rahana dapat memberi peluang dan seterusnya mengundi PH dalam PRK Cameron Highlands sebagai parti yang telah membentu kerajaan baharu Persekutuan.


Sementara itu, menerusi video berdurasi lebih panjang yang disiarkan portal tersebut juga semalam, Rahana turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap jurang perbezaan pembangunan yang berlaku di bandar dan luar bandar. -UTUSAN ONLINE.