Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun langganan dihentikan, tiada larangan dikenakan terhadap individu yang mahu membaca akhbar ini.

“Nak beli satu ini (akhbar) yang selalu hentam kita, kita tidak perlu membeli akhbar itu tetapi jika orang mahu baca sama ada di sekolah atau luar sekolah, mereka bebas untuk berbuat demikian.

“Kita tidak melarang, kita bukan mahu tangkap, koyak atau bakar dan sebagainya, tidak ada,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas isu surat yang ditandatangani Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan yang mengarahkan langganan akhbar Utusan Malaysia untuk semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan dibatalkan serta-merta.

Memo bertarikh 18 Julai lalu itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendi­dikan, Datuk Mohd. Gazali Abas. 

Ketika ditanya mengapa ha­nya Utusan Malaysia sahaja dikenakan tindakan itu, Dr. Mahathir berkata: “Bacalah Utusan, awak tahulah,” katanya.