Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sebagai ahli UMNO, beliau tidak sanggup melihat situasi berkenaan berterusan berlaku dan akan berada di barisan hadapan melakukan ‘serangan balas’ bagi mempertahankan institusi Presiden parti kerana wala’ dan kesetiaannya tidak pernah goyah.

“Saya tidak sanggup melihat pemimpin saya dibaling dengan najis, lembing atau tombak.

“Saya ambil lembing yang dibaling itu dan melemparkannya semula kepada orang yang membalingnya kerana wala’ saya kepada pemimpin serta parti memang ada trek rekodnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. - UTUSAN ONLINE