Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak bertegur sapa tanda bantahan

Unhappy young couple having an argument. Isolated on white.SIKAP

HANYA mahu dikenali sebagai Suzy, 26, ibu kepada tiga cahaya mata ini menceritakan konflik dengan suaminya. Semuanya, gara-gara berebut balik kampung siapa untuk menyambut hari raya. Pasangan suami isteri itu menetap di negeri kelahiran Suzy iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

Suami Suzy pula anak kelahiran Johor Bahru. Konflik dan pertengkaran bermula apabila Suzy berkeras mahu menyambut lebaran di Labuan, sedangkan suaminya mahu meraikan Syawal di Johor Bahru.

Suzy menegaskan, dia mahu beraya di Labuan tahun ini kerana ingin berjimat setelah berhabis wang ringgit membawa keluarganya bercuti pada penghujung Disember tahun lalu.

Namun, suaminya tetap berkeras mahu balik ke Johor Bahru kerana tahun lalu Aidilfitri disambut di Labuan.

“Suami pada masa sama mencadangkan agar perbelanjaan untuk persiapan hari raya diguna sepenuhnya untuk menampung pembelian tiket penerbangan.

“Saya bertelagah dengannya kerana tidak dapat menerima cadangannya itu. Bagi saya, cadangan tersebut tidak masuk akal. Pandangan saya, lebih elok duit dibelanjakan untuk membeli pakaian anak-anak dan persiapan lain,” katanya menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

Suzy mengakui dia berusaha merubah fikiran suaminya supaya menyambut raya di Labuan tahun ini.

“Sampai satu tahap, saya dan suami tidak bertegur sapa selama beberapa hari sebagai tanda bantahan.

“Selain itu, saya turut menggunakan alasan tiket penerbangan yang mahal untuk mengubah fikiran suami. Namun ternyata, dia masih tetap dengan keputusannya,” ceritanya.

Tidak mahu terus bersengketa, Suzy mengambil keputusan berbincang secara baik dengan harapan suaminya akan beralah dan bersetuju dengan kemahuannya.

“Saya berasa berat hati untuk berhari raya di tempat lain kerana tahun ini, sambutan raya di Labuan dijangka lebih meriah kerana ramai saudara mara dan ahli keluarga saya akan pulang ke Labuan berhari raya.

“Pada masa sama, anak-anak juga bersetuju memandangkan mereka lebih akrab dengan keluarga dan saudara mara sebelah saya di Labuan.

“Alhamdulillah, akhirnya suami memahami dan kami sepakat akan berhari raya di Labuan tahun ini,” jelasnya yang telah berjanji dengan suami untuk menyambut Aidilfitri di Johor Bahru pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain