Beliau malah berkata, adalah tidak adil bagi sesetengah pihak menuduh Perdana Menteri berbuat sedemikian memandangkan tindakan Dr. Mahathir bersifat demokratik.

Katanya, Keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan dilakukan selepas berbincang dan mengambil kira pandangan semua pihak.

“Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilakukan secara kolektif melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet.

“Adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian. Malah, dalam keadaan tertentu, Perdana Menteri bersifat terlalu demokratik dan mengalah apabila hujah anggota mesyuarat lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad mengulas isu tuduhan sesetengah pihak kepada Perdana Menteri yang dilihat membuat keputusan dalam kerajaan secara bersendirian.

Tambah Mohamad, Perdana menteri juga tidak pernah memaksa pandangannya diterima oleh ahli-ahli Kabinet.

Jelasnya, ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

“Tidak adil bagi mana-mana pihak untuk meletakkan kesalahan terhadap perdana menteri semata-mata,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE