Menurut satu kenyataan dari Kementerian Luar, kerajaan Malaysia berdiri teguh bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam.


“Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular disarankan supaya berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.



“Alamatnya adalah Avenida de Madronos, No. 63-Bis 28043, Madrid, Sepanyol atau talian telefon +(34) 91 555 0684 / 91 555 0737 atau emel [email protected],” kata kenyataan itu di sini hari ini.


Jelas kenyataan itu, sehingga kini, seramai 14 orang dipercayai maut manakala 100 lagi cedera dalam insiden serangan keganasan tersebut.


“Kementerian Luar melahirkan rasa simpati ke atas seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE