Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi Polis Indonesia, Daniel Silitingo berkata, tiada sebarang wang tunai yang ditemui sepanjang proses pencarian bukti di dalam kapal mewah tersebut.

“Proses pencarian turut disertai oleh pihak ketiga. Sekiranya terdapat wang sebanyak itu yang dijumpai, pasti mereka tahu.

“Yang dijumpai hanyalah senarai anak kapal dan penumpang,” katanya menerusi laporan portal JawaPos.com, semalam.

Berita penemuan wang tunai tersebut tular di media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal tersebut minggu lalu dan isu itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - UTUSAN ONLINE