Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di dalam bilik mangsa menginap, justeru kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi ini dan anggotanya yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Di lokasi tidak terdapat unsur-unsur jenayah dan mangsa berkemungkinan mati disebabkan sakit yang dialaminya sebelum ini. Walaubagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE