Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, berita yang tular itu merujuk kepada teknologi Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) berkaitan ribut kuat akan melanda negeri itu dalam tempoh dua hari akan datang.

“Berdasarkan pemantauan terkini pihak kami mendapati, dijangka tidak akan ada ribut kuat seperti yang dinyatakan dalam berita tular tersebut akan berlaku di negeri itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej yang belum disahkan kesahihannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini, petang semalam.

Sebelum itu, terdapat berita bahawa Pulau Pinang akan berhadapan dengan ribut kuat dan hujan tahap merah seperti yang berlaku pada awal malam 5 November yang membawa kepada banjir, tanah runtuh dan ribut.

Alui Bahari berkata, sehubungan itu orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang sahih dari laman web rasmi Jabatan Meteorologi di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca di telefon bimbit.

“Pengguna laman sosial juga boleh mengikuti maklumat terkini di laman Facebook, malaysiamet dan Twitter, @malaysiamet atau boleh menghubungi 1-300-221-638,” katanya. - UTUSAN ONLINE