Kata Najib, Felda hanya disebut sekali dan itu pun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu.

Menurut beliau, bagi sektor pertanian secara keseluruhan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta lagi untuk automasi industri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.

“Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan Barisan Nasional, di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

“Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan ini termasuk bantuan sara hidup.

Ataupun, semua bantuan-bantuan terdahulu ini sudah dihapuskan? Rakyat Malaysia bukan terdiri dari orang bandar sahaja,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE