Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada persefahaman punca Serina fail cerai

Serina Redzuawan dan Gavin Edward O’Luanaigh.
Serina Redzuawan dan Gavin Edward O’Luanaigh.

KUALA LUMPUR 14 April – Selepas bertahun memendam rasa, selebriti, Serina Redzuawan sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan rumah tangga berusia tujuh tahun yang dibina bersama dengan lelaki berketurunan Inggeris, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Apa lagi selepas membuat pertimbangan yang sebaik mungkin selain merujuk kepada pihak-pihak yang arif, Serina, 34, berpendapat, perpisahan adalah jalan terbaik buat dia dan Gavin.

Sekalipun sudah tidak sebumbung, baik Serina mahupun Gavin tidak pula bermusuh atau bermasam muka memandangkan ma­sing-masing mempu­nyai tang­­gungjawab terhadap sepasang cahaya mata mereka, Tristan Tareef, 6, dan Isabella Saffiya, 5.

“Saya harus reda dengan apa yang berlaku. Bukan saya tidak berusaha untuk menyelamatkan keadaan (rumah tangga), tetapi inilah sebaik-baik keputusan (ber­pisah) yang dicapai,” kata Serina kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Menurut Serina, pada ma­sa ini, dia dan Gavin sentiasa berhubung antara satu sama lain demi kepentingan dan masa depan anak-anak mereka.

Kata Serina, anak-anak tidak seha­rusnya diheret dalam kancah pergolakan rumah tangga antara dia dan Gavin.

“Kenapa perlu anak-anak jadi mangsa? Gavin masih bapa kepada Tristan dan Isabella. Kami berdua ma­sing-masing ada tanggungjawab terhadap anak-anak. Ini (perpisahan) adalah masalah saya dan Gavin, sa­­ya tidak mahu anak-anak dihe­ret dalam ma­­sa­lah ini,” ujar Serina lagi.

Anak kepada cef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu bagaimanapun, enggan berkongsi de­­ngan Utusan Malaysia apakah punca utama yang mendorong dia memfailkan perce­raian itu.

Sebaliknya, Serina lebih se­­­nang memberitahu, tiada persefahaman de­ngan Gavin merupakan punca berlakunya perpisahan itu.

“Memadai saya katakan sudah tiada persefahaman dalam rumah tangga. Se­perti yang saya sebutkan, saya sudah ber­usaha untuk menyelamatkan (rumah tangga) tetapi keadaan tidak seperti yang saya sangkakan, sebaliknya inilah (perpisahan) yang berlaku,” katanya da­lam nada sebak.

Kemelut rumah tangga Serina dan Gavin sebelum ini pernah dilaporkan media, namun pelakon itu lebih selesa memilih berdiam diri dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada wartawan atau memuat naik di mana-mana laman sosial.

Bagaimanapun, perihal rumah tangga pasangan itu menjadi perbualan dalam kalangan netizen apabila Chef Wan dalam laman sosial Instagram peribadianya memuat naik status memaklumkan anaknya itu sudah memfail perceraian terhadap Gavin di Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Dalam status itu, Chef Wan mengejutkan netizen dengan mendedahkan isu yang menyebabkan anak dan menantunya itu berpisah.

Sebagai bapa, Chef Wan turut berkongsi rasa sedihnya dengan masalah yang menimpa rumah tangga Serina.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain