Sebaliknya, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pengiraan harga minyak itu dibuat mengikut purata setiap minggu yang mempunyai kaitan dengan formula mata wang negara ini.

“Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia, kalau hari ini harga minyak dunia turun, tidak semestinya esok kita akan turunkannya.

“Kita perlu lihat juga mata wang negara, kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelutong di Batu Feringghi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE