Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pelepasan air sebaliknya dijalankan secara normal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

"Paras air empangan masih jauh untuk mencapai paras bahaya.

"TNB juga meminta  agar tidak menularkan berita-berita berkaitan pelepasan air yang tidak benar dan menimbulkan panik terhadap masyarakat," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai mesej pesanan berjaga-jaga yang tular di aplikasi Whatsapp berkaitan pelepasan air dari Empangan Chenderoh dan melimpah ke Tanjung Belanja, Parit dalam masa 24 hingga 28 jam.

Tambah beliau, TNB juga sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat bagi keadaan-keadaan tertentu dengan semua pihak. - UTUSAN ONLINE