Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada niat hapuskan sekolah pelbagai aliran - TPM

Ahmad Zahid Hamidi mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang ramai
AHMAD ZAHID HAMIDI mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang ramai pada majlis perasmian Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion Kuala Kangsar, Perak semalam. - BERNAMA

KUALA KANGSAR 15 April – Cada­ngan agar sistem pendidikan negara dikaji semula bagi mewujudkan perpaduan nasional bukan bertujuan menghapuskan sekolah pelbagai aliran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu sebaliknya bertujuan perkukuhkan sistem pendidikan negara supaya integ­rasi nasional diwujudkan tanpa mengetepikan dasar pelajaran kebangsaan terutama di peringkat sekolah rendah.

Tetapi menurutnya, apabila di peringkat sekolah menengah, kurikulum yang baharu ke arah mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia hendaklah dilihat de­ngan teliti.

“Jangan salah tafsirkan bahawa kerajaan mahu hapuskan pendidikan tiga aliran di negara ini dan saya tidak sarankan penghapusan sekolah pelbagai aliran.

“Ini selari dengan dasar pelajaran kebangsaan yang menyebut bahasa-bahasa ibunda hendaklah digalakkan pengajarannya di sekolah rendah, tetapi kita mesti mencari jalan untuk menyatukan kurikulum pendidikan agar perpaduan nasional diterjemahkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis yang disertai 15,000 orang itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pelbagai acara diadakan termasuk larian bendera Negaraku, senamrobik Fit Malaysia, persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian serta pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.

Mengenai Ekspresi Negaraku, Ahmad Zahid memuji dan ber­puas hati dengan perjalanan prog­ram itu yang memperlihatkan kejayaan yang baik dalam mewujudkan rasa kebersamaan dan sepasukan dalam kalangan pelbagai kaum.

Menurutnya, semua rakyat berkongsi kejayaan, kesedihan dan segala-galanya demi bangsa Malaysia.

“Semangat kecintaan kepada Malaysia bukan dibuat secara formal tetapi secara tidak formal. Ertinya itu harus tercetus tanpa paksaan, mesti datang sendiri dari hati nurani rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, sudah sampai masanya untuk rakyat mengetepikan perbezaan biarpun berlainan parti politik dan sebaliknya bersatu atas nama Malaysia.

“Atas nama perpaduan, pembangkang pun harus bersikap positif, berlapang dada, berfikiran terbuka dan tidak melihat perkara ini dari sudut sempit kepartian, tapi melihat itu sebagai sebuah negara keseluruhannya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain