Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, ketika ini, langkah itu sedang dibuat secara berperingkat selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan persekitaran sihat dan bebas asap rokok di tempat awam khususnya di restoran.


Tambah beliau, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan langkah itu meskipun beberapa pihak termasuk persatuan pengusaha restoran sebelum ini mendesak kerajaan menarik balik larangan merokok di restoran.

“Kita memerlukan masa untuk melaksanakan perkara (tiada penjualan rokok) memandangkan perkara ini melibatkan beberapa pihak termasuk pembekal rokok selain penerimaan dalam kalangan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam pada itu, Sihabutheen sekali lagi menegaskan kesemua rangkaian restoran nasi kandar Pelita milik syarikat itu adalah halal dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Katanya, syarikat itu juga merupakan satu-satunya yang memiliki sijil halal Jakim bagi keseluruhan lebih 30 buah rangkaian restoran nasi kandar mereka di seluruh negara.


“Isu kononnya restoran nasi kandar Pelita tidak halal seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar dan ketika sebenarnya berdepan fitnah seperti ini hampir setiap tahun.


“Hakikatnya, kesemua restoran kita memiliki sijil halal yang sah daripada Jakim sejak 2012,” katanya. - UTUSAN ONLINE