Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, kualiti bacaan udara di sekitar Pasir Gudang berada pada paras normal.

“Sejak kawasan berkenaan diisytihar selamat dan bebas pencemaran kimia, kita mengambil bacaan kualiti udara setiap tiga kali sehari.

“Kami tidak dapat memberi jaminan, tetapi Insha-Allah masalah serupa tidak akan berulang, khususnya apabila sekolah kembali dibuka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Johor 2019 di Larkin Sentral, di sini sebentar tadi.

Dr. Sahruddin turut memaklumkan tiada lagi mangsa yang dirawat di hospital akibat pencemaran toksik dan mangsa terakhir dibenarkan keluar wad pada 25 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE