MEGAT ZULKARNAIN OMAR DIN

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mana fakta tersebut disahkan sendiri Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi jawapan yang dikemukakan dalam Dewan Negara sebelum ini.

“Kes buli dan samseng dalam kalangan pelajar amat menakutkan tidak kira melibatkan pelajar perempuan mahu pun lelaki.

“Namun berdasarkan maklumat daripada menteri sendiri, tiada rekod ahli-ahli silat dalam kalangan pelajar sekolah yang terlibat gejala itu. Ini membuktikan seni silat berupaya membentuk sahsiah serta disiplin seseorang individu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejuaraan Wajadiri MySilat Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Seluruh Malaysia di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini hari ini.

Hadir sama, Pewaris Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi, Syeikh Md. Radzi Hanafi dan Pengerusi Persekutuan Seni Silat Cekak Hanafi Cawangan Selangor, Roslan Manap.

Pada masa sama, Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) berkata, beliau optimis silat masih diterima oleh generasi muda meskipun dalam era perkembangan teknologi yang semakin pesat ketika ini.

“Silat mampu membentuk karekter anak muda yang mana ia bukan sahaja untuk mempertahankan diri tetapi juga membina keperibadian serta jati diri.

Sementara itu, Syeikh Md. Radzi ketika ditemui berkata, penganjuran kejuaraan tersebut bertujuan mempromosikan budaya positif agar menjadi amalan dan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Seni silat mampu melahirkan golongan belia yang kukuh sahsiah diri dan manjadi tunjang kepada pembangunan negara pada masa depan,” ujarnya.